sejujurnya aku perlu
sejujurnya aku rindu
sejujurnya aku mahu
sejujurnya aku masih harapkan kamu
dan andai mampu
rantaian yang aku hias dengan butir
kenangan indah yang aku utas
aku sentak
akan aku
biar mutiara itu gugur satu persatu
biar berderai pecah setiap satu
biar remuk setiap pengharapan
biar pecah tiap satu pembohongan
biar sakit tiap langkah perjalanan
biar aku sedar sakitnya mengharapkan
cinta dari manusia yang lansung tidak sedikit pun
menoleh
memberi
kau
peluang.
peluang.
Comments